(VIDEO) KAJIAN ASAL USUL BANGSA MELAYU | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(VIDEO) KAJIAN ASAL USUL BANGSA MELAYU




Pembentangan intensif selama 2 jam lebih berkenaan Sejarah DNA Bangsa Melayu melalui kajian projek Human Genome oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia.
Memandangkan video views di youtube ini masih dalam lingkungan 5K+ maka admin fikir masih ramai yang belum menontonnya.


Video ini adalah satu perkongsian akademik, maka admin berharap tidak ada isu politik ditimbulkan disini.

Tujuan perkongsian adalah sebagai pencerahan kepada salah satu kajian ilmiah terkini asal usul Bangsa Melayu khususnya di Nusantara. 

Kajian ini bukanlah suatu yang muktamad, sekadar berkongsi dan menawarkan informasi kajian asal usul berasaskan fakta-fakta saintifik DNA dan juga data sejarah sediada daripada pengkaji-pengkaji sejarah tamadun-tamadun manusia.


Admin berani katakan 95% orang Melayu hari ini tidak mengetahui banyaknya fakta-fakta sejarah yang ada dalam pebentangan video ini. 

Sejarah dan kajian Projek Genome yang membuktikan kita di Nusantara ini adalah serumpun berasal dari pusat penyebaran pertama dunia di Afrika. 

Tempat-tempat persingahan penghijrahan manusia membentuk tamadun. 

Bukti sediada menunjukkan penghijrahan manusia ke Benua Sunda(Nusantara) membina penempatan dan tamadun disini berusia antara 60 ribu ke 20 ribu tahun lamanya. 

Tiada bezanya DNA orang Asli dipedalaman dan orang Melayu yang hidup berkomuniti dan bersosial dengan dunia luar.

Puan Zahara juga sempat menerangkan kepada seorang pendengar yang bertanyakan pengaruh Hindu dalam binaan tapak-tapak arkeologi lama diseluruh Nusantara. Menjawab persoalan itu Puan Zahara menyatakan beliau perlukan sekurang-kurangnya 3 jam lagi bagi menerangkan dengan baik sejarah binaan yang terdapat di Nusantara amnya dan Tanah Melayu khasnya. 

Sebagai mukadimah Nusantara sudah menggunakan bahasa sanskrit terlebih dahulu, dan binaan-binaan bangunan tinggalan sejarah kuno tidak ada satu pun mempunyai rekabentuk pengaruh Hindu sebaliknya ianya lebih kepada pengaruh Buddha semasa penduduk disini memilih Buddha sebagai agama mereka. Manakala seni binaan bangunan tersebut adalah seni binaan orang Melayu tempatan pada masa itu yang mana ada sedikit pengaruh Macedonia Greek hasil daripada peninggalan ketamadunan yang dibawa oleh Raja Dzulkarnain ke Nusantara.


Belajarlah sejarah ini kerana bukan kerana kita hendak berbangga, tetapi belajar supaya kita tidak mudah ditipu dan tertipu mengenai sejarah bangsa kita sendiri. Tidak semestinya kita merasa cukup dengan belajar sejarah bangsa sendiri, boleh juga belajar sejarah bangsa, suku dan puak yang lain bila berkesempatan kerana Al-Quran sendiri menuntut kita belajar dalam perkara ini seperti yang termaktub didalam surah Al-Hujurat ayat ke-13 yang bermaksud :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ()".

Ya, kita dituntut untuk saling kenal mengenali antara bangsa dan puak-puak, dan yang paling mulia disisi Allah swt itu sudah tentunya mereka yang bertaqwa. Wallahualam.


Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.